nuffnang

Monday, March 18, 2019

LANGKAH 3 : Kenali senarai PEWARIS Part 1

Kali ni Fad nak terangkan bagaimana kita nk pilih PEWARIS yang benar2 layak untuk memegang amanah & menyampaikan kepada yang berhak.

Seringkali kita selalu dengar Si A makan duit anak2 yatim... Si B tidak berlaku adil dengan adik - beradik si mati... nampak macam sinopsis babak drama filem kan?.. realiti ini semua adalah adaptasi dari kejadian sebenar... bukan cobaan .. kalau yang teruk ada sanggup putus  saudara, fight di court... macam2 Fad jumpa selama menguruskan hal yg berkenaan... So pemilihan haruslah lebih teliti.. sebabnya... sifat manusia ... boleh berubah sekelip mata bila melibatkan hal kewangan ni... percayalah ....

Di sini Fad senaraikan langkah2 yg perlu..

Dahulukan yg wajib, siapa ? Ibu bapa kandung , isteri yg sah, anak2 yg sah,.... kenapa Fad tekankan yang SAH? Bukan niat Fad nak menyinggung mana2 pihak... tetapi dari segi perundangan... setiap pewaris yg layak & cukup kriteria perlu mengemukakan akuan sumpah status hubungan dengan si mati... dlm erti kata lain ..contoh.. isteri perlu ada sijil nikah yg disahkan .. ini kerana tanpa sijil nikah yg sah... hak seorg isteri akan hilang kelayakan untuk mewarisi harta si mati... begitu juga dengan anak & pewaris yg lain. Nampak mudah bukan.. tapi selalu org pandang ringan hal begini...

Next, nyatakan ratio or nisbah dengan jelas kepada siapa rumah nak diberikan ..gitu..kalau asset jenis immoveable mcm rumah, kereta, ni...Fad nasihat bagi pada satu penama shj. Kenapa ? sebabnya bila asset mcm rumah terlampau banyak penama ... ia akan merumitkan dari segi pembahagian hakmilik.. contoh.. si mati mewariskan sebuah rumah kepada isteri & anak lelaki tunggal. Bila pihak pentadbir memasukkan nama pewaris masalah akan timbul bila si isteri kahwin baru or si anak status berkahwin.. sekiranya si anak lelaki tunggal itu mati secara x langsung hakmilik anak lelaki jatuh pada isteri dlm kategori harta sepencarian... sekarang nampak komplikasi nya... tapi ia berbalik pada individu kalau rasa pewaris boleh ada kata sepakat.. terpulangla... jgn nanti mampu menangis di dalam hati jer...

Pastikan segala butiran lengkap seperti nama penuh, kad pengenalan or passport number, alamat terkini (untuk dihubungi), no. telephone terkini,

Dari segi Faraid or Civil ... sentiasa perlu ada  check and balance ... percaya satu perkara..amanah satu perkara.. x semua org mampu jaga amanah.. bab kata pepatah org dulu...

"Seorang Ibu mampu menjaga & membesarkan 10 org anak...tapi seorg anak belum mampu menjaga seorg ibu yg sakit".... 

Pikir2kan la...dan renungkan...





Sunday, March 17, 2019

Happy birthday Mr. Man 🎂🥰

Bulan mar mmg x boleh la lupa.. kang sentap level sakitnya tu Di situ (sambil tangan Di dada u ..😂)😂😂.. tarikh pula nun tgh bulan 😅🤑 ... nasib bini ko jenis menabung haaaa ...

So saje buat random soalan... tahun ni apa ?.. Mula Mr. Man ckp x yah la ... simple 2 sudah.... Fad pun Syukur la dlm hati 🤣🤣🤣🤲🤲 .. Alih2 seminggu sebelum birthday dia hint ... nak bicycle 🚲 ... so Fad kata boleh but with limited amountla... kalau lebih bajet tambah sendiri...

Masa survey tu ... tanya banyak tokey... apa beza bicycle yg ada Di Kedai dgn yg macam Le tour de langkawi tu.. katanya spec .. brand.. light semua tu penentu harga sebuah 🚲... bila tokey cakap rege boleh cecah rm20k mau x tertelan air liur dengar... nak belek2 bicycle terus mengigil takut... buatnya tercalar... haru nak bayar besi seketul gitu...

Lepas bincang dgn tokey ... mr man decide dh hadiah dia...

Ni je yg fad mampu...

Si merah akhirnya pilihan hati mr man.. 🚲🤩🤩... Dia punya excited tu x sabo nak bawa balik... bolehla 9 speed ... light weight... yang penting warranty 5 tahun... dh macam Kereta dh spec dia 😅😅.. so far Fad mmg puas hati beli dgn tokey ni... dia cerita habis la .. nak2 newbie mcm mr man ni kan... so Fad siap pesan dh beli rajin2 la kayuh... jgn jadi tukun kat rumah... 😊...
 Koran nk beli ni Fad share contact tokey Nida Cyclo ... boleh support2 bagi murah rezki 

Nida Cyclo



Balik rumah mood mr man nak masak western... katanya teringin... dh lama x mkn .. so kita layanla 


Alhamdulillah... sedap lamb leg

Walaupun Fad x makan kambing ... jamah jer sket... lebihnya deliver ker rumah parents 😍😍..



Penutup of the day potongla kek & kita mkn ayam kfc jer ☺️...

Wednesday, March 6, 2019

LANGKAH 2 : KENALI STATUS ANDA

So dh settle list segala Asset - Liability ? kalau belum boleh refer LANGKAH 1 di sini ..
Kebiasaannya orang akan tanya Fad ... perlu ke kita buat Wasiat dengan syarikat Amanah or lawyer yang bertauliah ?? or boleh ker kita tulis sendiri wasiat kita ? ..

ok Fad bagi senario...

"si A berumur 20 tahun ..bekerja..bujang..anak tunggal ..and hanya mempunyai saving and motor (still under loan) .."

so disini... firstly sekali Fad tanya keluarga si mati A ada Wasiat x?...KENAPA ??

 ...sebabnya Walaupun segala tuntutan wang & asset motor tadi akan dimiliki kedua ibu bapa si A... TETAPI akan ada bahagian pelepasan hakmilik motor and duit cash dalam simpanan bank perlu melalui wasiat & surat kuasa dari mahkamah sebelum dilepaskan kepada waris yang layak... so tanpa wasiat yang sempurna dan teliti ..perkara yang nampak mudah boleh jadi rumit & complicated bila tidak dikendalikan dengan cara yg betul..

Kenapa Fad x highlight bayaran motor ?..logicnya di Malaysia setiap kenderaan bermotor samada pacuan 2, 4, 8 roda sekali pun perlu ada insurance betul? so bila berlaku kecelakaan secara x langsung insurance akan bayar baki ke pihak bank... next entry Fad kupas pasal ni. ...

Berbalik kepada situasi diatas...Wasiat is WAJIB... seelok2nya dapatkan nasihat dari pakar yg arif ... supaya lebih teliti isi wasiat supaya tiada yg tertinggal di kemudian hari...nak buat dengan syarikat Fad pun boleh ...😆

Individu yang ingin membuat wasiat haruslah kenali diri anda... samada bujang, duda/ janda dengan or tanpa anak, berkahwin tanpa anak, berkahwin & mempunyai anak, bilangan isteri 😏 semua memainkan peranan sesuatu wasiat ...

Jika anda mempunyai Wasiat yang sah, anda dikategorikan sebagai ‘meninggal dunia dengan Wasiat’ di mana segala kemahuan dan arahan anda dinyatakan dengan dengan jelas di dalam Wasiat tersebut.

Wasiat yang dirancang dengan baik akan memastikan kebajikan waris anda diutamakan dan dilaksanakan secara profesional.











REVIEW : Organic skin care by Natugee