nuffnang

Tuesday, October 1, 2019

Fish 🐟 & chip 🍟....tekak melayu 😋😋😋😋

Alhamdulillah cuaca dah balik seperti sediakala... rasa nyaman ... sejuk ... kena pula hujan mlm hari kat sini.. bila cuaca sejuk dingin ni ... Mula la perut lapar memanjang...

Fad & husband masak apa yg ada dlm peti ais jer... sebab lapar x leh bawa bincang 😅

Bahan2

Batter (aduanan tepung celup ikan)
.
Ikan cod (fad beli jenis frozen.. nak pki ikan lain boleh)
Tepung gandum 
Tepung jagung
Garam
Lada sulah
Seasoning ayam
Air
Baking powder
Minyak
.
P/s kalau malas cara traditional ni boleh jer pki tepung tempura & bread crump... but rasa dia x smooth mcm yg kami buat

Aturan
.
1. Cuci ikan tu bersih2 & slice mcm nipis2..
2. Campur tepung gandum, tepung jagung, garam, lada sulah, baking powder & air. Pastikan batter ko mcm tepung nk goreng pisang tu.. x cair... x pekat..
3. Ikan yg dh slice tu ko lumur dgn seasoning ayam sket bagi rasa... sebab ikan cod ni tawar heber...
4. Pastu panaskan minyak dlm periuk make sure ikan tu tenggelam.. 
5. Make sure ada extra adunan tepung ya. Sebab 2 kali coating... ikan slice tadi ko celup tepung kering ..Dah sekata tepung kat ikan ...ko celup dlm batter... pastu ko celup balik tepung kering tu... then masak.. masuk sket2... jgn lepaskan ikan tu selagi x terapung dlm minyak... kalau x melekat kat dasar periuk masakkkkkk

rupa ikan cod yg besalute batter 


Kuah black paper style simple
.
Brown sauce serbuk (ada jual kat pasar raya)
Bawang putih (lagi banyak lagi best !!)
Garam
Susu
Lada hitam tumbuk kasar/ halus (ikot citarasa)
Minyak
Air
P/s bawang, carrot utk rasa kemanisan (terpulang)

Aturan
1. Bawang putih yg dh basuh bersih dicincang halus
2. Panaskan minyak ... goreng bawang putih sampai jadi perang... api sederhana .. pastu masuk serbuk brown sauce yg ditambah air sekali... agak kuah cair or pekat terpulang... 
3. Masuk bawang besar  (potong 4) & carot merah ... sentiasa kacau sampai carot lembut... dh masak keluarkan letak asing... ko just nk jus dia shj
4. Masuk lada hitam ikot tahap kepedasan...
5. Masuk garam...
6. Letak susu kalau nk mkn Hari tu ... kalau banyak masuk dlm bekas Simpan frozen ... Nanti boleh mkn Hari lain...masuk susu full cream sket bagi rasa lemak2..... warna dia bertukar ke coklat cair...


Black paper sauce yg telah diletak susu



Hiasan
.
Slice lemon
tomato
kentang goreng
sayur coslow
salad

p/s ikot apa yg di sukai... selera masing2...


Sekarang dh sedia utk Di makan...selamat menjamu selera.... ulang 5x pun xper... 😋😋😋😋




tadaaaaa .... 😋😋😋😋


Tuesday, September 24, 2019

💕 REVIEW : CRAZY OFFER by Natugee !!! 💕

⚡Buat pertama kali, Natugee nak bagi CRAZY OFFER khas untuk semua Natuqueens....

Natugee nak bagi PERCUMA

1) DEEP PORE FACIAL CLEANSING BRUSH bernilai RM 105
Cleansing Brush ini sangat sesuai untuk diguna bersama cleanser Natugee. Ianya akan dapat mencuci muka dengan lebih bersih ke dalam liang-liang pori. Hasilnya kulit muka akan jadi lebih glowy dan lembut.

2) JADE GUASHA FACIAL ROLLER bernilai RM90
Facial roller ini memang awesome sebab boleh meningkatkan peredaran darah di muka & juga sesuai untuk de-stress. Kulit muka akan jadi lebih segar dan glowy kemerah-merahan.

3) 3D SMART FACE MASSAGER bernilai RM120
Massager ini direka khas untuk membuat anda mendapatkan wajah V-Shape yang anda sentiasa inginkan. Berkesan mengurut wajah anda dan mana-mana bahagian badan. Sangat sesuai untuk firmkan kulit, body shaping dan banyak lagi!

SEMUA TOTAL BONUS: RM315

Nak dapatkan SEMUA di atas senang saja. Cuma perlu beli 2 botol Deep Cleansing Lotion size 50ml!

Dan harga 2 Deep Cleansing Lotion ini selalunya RM318 (Normal Price) tapi khas untuk CRAZY OFFER ini ianya hanya RM297 sahaja. Dan harga ni termasuk sekali FREE SHIPPING. Memang berbaloi sangat-sangat!

Ada tambahan HADIAH BONUS yang sangat esklusif untuk sesiapa yang bertuah.

Siapa yang beli set cleanser ini akan mempunyai PELUANG untuk menang tiket ke GRAND FINALS MRS MALAYSIA WORLD 2019/2020 di Pavilion Hotel Kuala Lumpur pada 16 November 2019.
Tiket ini saja harganya dah bernilai RM500 tau dan memang tidak dijual dimana-mana.

Banyaknya hadiah Natugee nak bagi! Dah la dapat bonus berharga RM 818 dapat free shipping dan discount RM21 lagi.

Total RM839 UNTUNG!

So, macam mana nak dapatkan CRAZY OFFER ini? Ok please take note betul-betul:

CRAZY OFFER ini hanya AKAN DIBUKA pada:
Tarikh: 25 September 2019 (Rabu)
Waktu: 8pm -12am (4 jam sahaja)
Pembelian hanya di website dan pada masa yang dibenarkan sahaja. Siapa lambat dia tinggal!

So sesiapa yang tak nak tertinggal CRAZY OFFER ini boleh subscribe servis reminder kami secara percuma di link bawah ni:

MAMA FAD.. SAYA NAK CRAZY OFFER!!!

#Natuqueens
#NatugeeCrazyOffer
#facialcleansing
#facialroller
#facemassager







Tuesday, September 17, 2019

Cara pemakaian mask yang betul 😷😷😷

Hi Fad nak share cara pemakaian penutup mulut & hidung aka 😷 mask yang betul... Fad masa pakai pun confidence tahap 99% 😊

Ni tips dia...

Bahagian yg bewarna : bagi mereka yg ada sakit

Bahagian yg putih : bila x sakit ... sebagai penapis kepada kuman2


Semoga beramal.... sentiasa jaga kesihatan diri & banyak kan minum air ...

P/s : nasihat atas nasihat setelah ambik neb semlm 🤪🤪

Fad

Thursday, September 12, 2019

Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Status
Tahap Pencemaran
Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan
0-50
Baik
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum
  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100
 Sederhana
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum
  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200
Tidak sihat
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300
Sangat tidak menyihatkan
Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi 
  • Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
  • Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
  •  Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400







Berbahaya








Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.







  • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
  • Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
401-500 
Berbahaya
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.
  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

500 ke atas
Darurat
Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.
  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
  • Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa


Untuk melihat bacaan terkini boleh refer website ni... http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html ...

Better ambik langkah berjaga-jaga... and staf safe..




Fad 

Tuesday, September 3, 2019

Negara ku .... MALAYSIA yang ke-62 tahun .... Merdeka !!!!!!!!


62 tahun kemerdekaan bumi Malaysia ... Fad dapat rasakan bertapa matangnya usia jika dibandingkan dengan usia Fad yang muda belia... 😄 sebagai rakyat Malaysia walaupun tidak merasa perit hidup semasa zaman di jajah... Fad masih rasa kehidupan kita masih di jajah tanpa kita tidak sedari...

Merdeka hanya pada sebuah perkataan... tapi x ramai yang paham makna erti sebuah MERDEKA...
sebab untuk memahaminya memerlukan seseorang itu melalui zamannya... merasainya perit getirnya.. hargai penat lelahnya sesuatu usaha atas nama KEMERDEKAAN...

Berat bukan... ???

Sebagai golongan generasi Y ...yang kononnya celik IT, maju kehadapan... tapi dari segi jati diri masih ada lagi yang lupa berpijak pada bumi yang nyata.... itu pandangan Fad...

Sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September kurang lebih 2 minggu ...
Negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi acara perarakan Hari Malaysia bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak.

Hari Malaysia di sambut sempena meraikan penyatuan di antara Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapore untuk membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia pada 1963.

Tema pada tahun ni Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Symbol kepada kesatuan dan semangat kecintaan pada negara dan keamanan... 

Untuk lebih lanjut... boleh refer Portal rasmi Kementerian komunikasi dan Multimedia Malaysia.







Salam Sayang...

Fad 




Tuesday, August 27, 2019

Renew ROAD TAX & INSURANCE sepantas kilat & MUDAH

Zaman sekarang ni nak buat semua benda mesti nak sap..sap..sui... laju gitu...

Fad nak bagi tahu pada korang semua ... semua syarikat insurance di Malaysia biasanya akan refer system ISM ni untuk dapatkan segala jenis maklumat tentang kenderaan korang. Baik jenis persendirian or syarikat.

Dalam ni segala butiran seperti status NCD, Market Value, boleh di cari termasuk status syarikat insurance kenderaan ... yg ni FREE jer... tapi kalau nk report details pasal status kenderaan korang ...ada sedikit charge yang dikenakan... 

Untuk nilai kereta Fad rekomen korang pilih Agreed value berbanding Market value.. Kenapa?

Agreed Value...
Sekiranga berlaku total lost pada kenderaan korang ... pihak insurance akan bayar pada harga yg telah dipersetujui di dalam policy insurance. Lebih benefit pada pemilik kenderaan.

Market Value 
pihak insurance hanya bayar nilai pasaran (market value) kenderaan pada masa itu..

Contohnya:
A cover insurance kereta pada nilai (sum assured) RM100,000.00 ... Jika A pilih nilai agreed value .. pihak insurance bayar pampasan RM100,000.00 (nilai yang sama seperti policy insurance)... tapi jika A memilih market value (nilai semasa)... pihak insurance hanya akan bayar kurang lebih contoh RM80,000.00 (nilai semasa selepas adjuster check)...

Bila dah check status NCD & nilai kereta ...next ... korang pilih syarikat insurance... yang ni kena rajin survey sketla... sebabnya x semua sama benefits sejak PIAM mengAKTAkan DeTariff insurance...

Apa tu DeTariff... benefit or coverage dari syarikat insurance x sama...

Ada yang bagi Flood (banjir) premium diskaun 50%... Ada yang bagi FREE driver coverage...Ada yang bagi 10% off agent commission ...😭😭 ... (yang ni memang Fad kurang berkenan la) ... zaman2 dolu - dolu syarikat insurance suka bagi hadiah time nak renew macam payung, baucer, and soo on... so gigih tanya hadiah apa dapat kalau renew... 😁😁...la ni x der la...

Kadang kesian kat agent...kalau dh pendapatan sebagai agen insurance udah di robek apa yang tinggal untuk makan ?

Lagi satu bila part nak claim... agent ni la yang akan tolong korang semua di masa kesusahan... so janganla tawar - menawar ya... 

Kebiasaannya Fad akan suggest customer selain Agreed Value .. Add on Act of god (bencana alam mcm banjir), strike & riot (rusuhan), Windscreen (Cermin 6 sisi....korang kira ka?? 🤣🤣) , Legal liability to passanger & LLP (Negligence by passanger)... kalau x nak pun xpa... cuma bila x cover tang nak claim tu pakat menagis tepi bucula...

so sentiasa beringat2 sebelum terkena....

Next.. sebelum renew road korang check dulu... ada saman ke x.. boleh refer MYEG... ...boleh check status polis, status JPJ nak renew road tax instant pun boleh ...tapi mereka send by post la... dlm 7 hari bekerja gitu...kalau jenis last minute jangan buat kerja....



Kalau nak Fad buatkan pun boleh email 

1. JPJ Card depan & belakang , 
2. NRIC depan & belakang, 
3. renewal notice by previous insurance, or if any
4. kalau xda kereta baru pun boleh juga... 
5. Contact number 

just email to : fadillahothman@yahoo.com ... Fad reply in 2 working days ya...


Till next note... bye  
 









Monday, March 18, 2019

LANGKAH 3 : Kenali senarai PEWARIS Part 1

Kali ni Fad nak terangkan bagaimana kita nk pilih PEWARIS yang benar2 layak untuk memegang amanah & menyampaikan kepada yang berhak.

Seringkali kita selalu dengar Si A makan duit anak2 yatim... Si B tidak berlaku adil dengan adik - beradik si mati... nampak macam sinopsis babak drama filem kan?.. realiti ini semua adalah adaptasi dari kejadian sebenar... bukan cobaan .. kalau yang teruk ada sanggup putus  saudara, fight di court... macam2 Fad jumpa selama menguruskan hal yg berkenaan... So pemilihan haruslah lebih teliti.. sebabnya... sifat manusia ... boleh berubah sekelip mata bila melibatkan hal kewangan ni... percayalah ....

Di sini Fad senaraikan langkah2 yg perlu..

Dahulukan yg wajib, siapa ? Ibu bapa kandung , isteri yg sah, anak2 yg sah,.... kenapa Fad tekankan yang SAH? Bukan niat Fad nak menyinggung mana2 pihak... tetapi dari segi perundangan... setiap pewaris yg layak & cukup kriteria perlu mengemukakan akuan sumpah status hubungan dengan si mati... dlm erti kata lain ..contoh.. isteri perlu ada sijil nikah yg disahkan .. ini kerana tanpa sijil nikah yg sah... hak seorg isteri akan hilang kelayakan untuk mewarisi harta si mati... begitu juga dengan anak & pewaris yg lain. Nampak mudah bukan.. tapi selalu org pandang ringan hal begini...

Next, nyatakan ratio or nisbah dengan jelas kepada siapa rumah nak diberikan ..gitu..kalau asset jenis immoveable mcm rumah, kereta, ni...Fad nasihat bagi pada satu penama shj. Kenapa ? sebabnya bila asset mcm rumah terlampau banyak penama ... ia akan merumitkan dari segi pembahagian hakmilik.. contoh.. si mati mewariskan sebuah rumah kepada isteri & anak lelaki tunggal. Bila pihak pentadbir memasukkan nama pewaris masalah akan timbul bila si isteri kahwin baru or si anak status berkahwin.. sekiranya si anak lelaki tunggal itu mati secara x langsung hakmilik anak lelaki jatuh pada isteri dlm kategori harta sepencarian... sekarang nampak komplikasi nya... tapi ia berbalik pada individu kalau rasa pewaris boleh ada kata sepakat.. terpulangla... jgn nanti mampu menangis di dalam hati jer...

Pastikan segala butiran lengkap seperti nama penuh, kad pengenalan or passport number, alamat terkini (untuk dihubungi), no. telephone terkini,

Dari segi Faraid or Civil ... sentiasa perlu ada  check and balance ... percaya satu perkara..amanah satu perkara.. x semua org mampu jaga amanah.. bab kata pepatah org dulu...

"Seorang Ibu mampu menjaga & membesarkan 10 org anak...tapi seorg anak belum mampu menjaga seorg ibu yg sakit".... 

Pikir2kan la...dan renungkan...





Sunday, March 17, 2019

Happy birthday Mr. Man 🎂🥰

Bulan mar mmg x boleh la lupa.. kang sentap level sakitnya tu Di situ (sambil tangan Di dada u ..😂)😂😂.. tarikh pula nun tgh bulan 😅🤑 ... nasib bini ko jenis menabung haaaa ...

So saje buat random soalan... tahun ni apa ?.. Mula Mr. Man ckp x yah la ... simple 2 sudah.... Fad pun Syukur la dlm hati 🤣🤣🤣🤲🤲 .. Alih2 seminggu sebelum birthday dia hint ... nak bicycle 🚲 ... so Fad kata boleh but with limited amountla... kalau lebih bajet tambah sendiri...

Masa survey tu ... tanya banyak tokey... apa beza bicycle yg ada Di Kedai dgn yg macam Le tour de langkawi tu.. katanya spec .. brand.. light semua tu penentu harga sebuah 🚲... bila tokey cakap rege boleh cecah rm20k mau x tertelan air liur dengar... nak belek2 bicycle terus mengigil takut... buatnya tercalar... haru nak bayar besi seketul gitu...

Lepas bincang dgn tokey ... mr man decide dh hadiah dia...

Ni je yg fad mampu...

Si merah akhirnya pilihan hati mr man.. 🚲🤩🤩... Dia punya excited tu x sabo nak bawa balik... bolehla 9 speed ... light weight... yang penting warranty 5 tahun... dh macam Kereta dh spec dia 😅😅.. so far Fad mmg puas hati beli dgn tokey ni... dia cerita habis la .. nak2 newbie mcm mr man ni kan... so Fad siap pesan dh beli rajin2 la kayuh... jgn jadi tukun kat rumah... 😊...
 Koran nk beli ni Fad share contact tokey Nida Cyclo ... boleh support2 bagi murah rezki 

Nida Cyclo



Balik rumah mood mr man nak masak western... katanya teringin... dh lama x mkn .. so kita layanla 


Alhamdulillah... sedap lamb leg

Walaupun Fad x makan kambing ... jamah jer sket... lebihnya deliver ker rumah parents 😍😍..



Penutup of the day potongla kek & kita mkn ayam kfc jer ☺️...

Wednesday, March 6, 2019

LANGKAH 2 : KENALI STATUS ANDA

So dh settle list segala Asset - Liability ? kalau belum boleh refer LANGKAH 1 di sini ..
Kebiasaannya orang akan tanya Fad ... perlu ke kita buat Wasiat dengan syarikat Amanah or lawyer yang bertauliah ?? or boleh ker kita tulis sendiri wasiat kita ? ..

ok Fad bagi senario...

"si A berumur 20 tahun ..bekerja..bujang..anak tunggal ..and hanya mempunyai saving and motor (still under loan) .."

so disini... firstly sekali Fad tanya keluarga si mati A ada Wasiat x?...KENAPA ??

 ...sebabnya Walaupun segala tuntutan wang & asset motor tadi akan dimiliki kedua ibu bapa si A... TETAPI akan ada bahagian pelepasan hakmilik motor and duit cash dalam simpanan bank perlu melalui wasiat & surat kuasa dari mahkamah sebelum dilepaskan kepada waris yang layak... so tanpa wasiat yang sempurna dan teliti ..perkara yang nampak mudah boleh jadi rumit & complicated bila tidak dikendalikan dengan cara yg betul..

Kenapa Fad x highlight bayaran motor ?..logicnya di Malaysia setiap kenderaan bermotor samada pacuan 2, 4, 8 roda sekali pun perlu ada insurance betul? so bila berlaku kecelakaan secara x langsung insurance akan bayar baki ke pihak bank... next entry Fad kupas pasal ni. ...

Berbalik kepada situasi diatas...Wasiat is WAJIB... seelok2nya dapatkan nasihat dari pakar yg arif ... supaya lebih teliti isi wasiat supaya tiada yg tertinggal di kemudian hari...nak buat dengan syarikat Fad pun boleh ...😆

Individu yang ingin membuat wasiat haruslah kenali diri anda... samada bujang, duda/ janda dengan or tanpa anak, berkahwin tanpa anak, berkahwin & mempunyai anak, bilangan isteri 😏 semua memainkan peranan sesuatu wasiat ...

Jika anda mempunyai Wasiat yang sah, anda dikategorikan sebagai ‘meninggal dunia dengan Wasiat’ di mana segala kemahuan dan arahan anda dinyatakan dengan dengan jelas di dalam Wasiat tersebut.

Wasiat yang dirancang dengan baik akan memastikan kebajikan waris anda diutamakan dan dilaksanakan secara profesional.











Thursday, February 28, 2019

LANGKAH 1 : 1 rakyat malaysia ... 1 wasiat

Since Fad tengah free and kerja dh habis... let me share my knowledge for the past 12th year dlm Industri service Wasiat & seangkatannya... at least kot memory loss ada juga entry nak refer balik.😊

Sebelum tu nak buat Wasiat.. korang kena listkan apa asset (mcm rumah, kereta,) , ... hutang piutang (card, segala jenis loan,) , simpanan (duit tunai, bonds, kwsp) , pelaburan (unit amanah , rumah sewa) ... senang buat dlm excel jer.. listing ni di panggil Asset - Liability... dlm istilah financial planner sekarang ...😝😆 ala2 konmori gitu .... listing ni akan nampak berapa banyak asset, hutang, simpanan yg korang ada...

sebelum tu Apa syarat2 nk buat Wasiat?
Senang jer...

1. berumur 18 tahun
2. Waras
3. mempunyai 2 saksi

so next is workout dengan wasiat... Tahukah korang Wasiat merupakan helaian dokumen yang menerangkan list Asset (moveable or unmoveable) untuk dibahagikan kepada yg tersaiyang setelah ditolak HUTANG...?? 

Meh kita buat basic kira2..

Contoh: Ali berumur 50 tahun... ingin bersara awal...tetapi risau jika beliau mati awal tanpa meninggalkan sebarang harta utk pewaris tersaiyang isteri & anak2...


rumah             RM 500,000                     Loan bank              200,000   
kereta             RM   70,000                     Loan kereta              50,000                 
tunai               RM     5,000                     pinjaman peribadi    10,000
Unit Amanah RM   30,000                     insuran kesihatan        5,000
Total Asset     RM 605,000                     Total liability          265,000

So totatl asset (605,000) - total liability (265,000) nilai asset bersih selepas tolak inflasi... tax...tinggal 340,000.

Dalam bahagian Wasiat.. pemiutang or creditor hendaklah didahulukan pembayarannya ... nilai bersih yg tinggal barulah dibahagi kepada insan yg berhak & tersaiyang..

lepas tu korang boleh pilih nak hibah, buat secara conventional or biasa dengar Faraid ??

Mudah bukan... cubala... buat step 1 ni dulu...review asset - liability anda... pasti anda organise macam konmori lepas ni ...😆😅



Wednesday, February 27, 2019

💕 Ulang tahun perkahwinan yang ke-11 💕

Salam & selamat sejahtera uolls...

lama Fad x berceritakan... sampai bersawang juga blog...😆😆..




Actually pada tanggal 23 february merupakan 11th wedding anniversary kami 👫💓..so since jatuh pada hari cuti ...husband fad ajak jln2.. makan angin di Genting Highlands, Pahang... Rezki jgn di tolak ...yer x ..😁

Cadangnya naik cabel car dari skyway awana... so since Fad ada fobia dengan gayat...(hahha😅) banyak pula alasan keluar supaya cadangan di batalkan...tapi husband pandai .. dia parking kat area premium outlet ..pastu terus dia heret naik escalator ker cabel car...

Masa kat tiket kaunter rilek lagi...dh masuk cabel car muka cuak ...rasa nak teriak jer... kita jiwa mak2 ni seriau juga kot anak main lompat2 dlm tu...buatnya berayun...x ker haru...😂😅 ...Alhamdulillah masa naik semua under control..

Dah mendarat anak2 dh semangat nak main di Skytropolis ... tapi kami dh sepakat bincang dgn anak2... sebab nak main indoor game ni..salah satu syarat ketinggian adalah wajib..so kalau beli tiket unlimited rm60 seorg (per game rm15 seorg) tapi...hangpa dok ulang mainan sama... baik x yah..so harini bagi mak pak hang gembira..lain kali kita dtg bila fox studio dh siap...time tu kalau nak main sampai tutup game pun x pa..

boleh tahan banyak juga indoor game selepas renovation...cantik pun ya...



Ada berani ker ? 😬😬😂


Jangan ingat kami kejam sangat... x dapat main bermaksud anak2 pun x enjoy... mereka enjoy tang shopping... yg laki pau toys...yg girl pau baju & seluar.....😄

Waulaupun harini ulang tahun perkahwinan kami...anak2 tetap keutamaan.. mana ada parents yg x syg anak...so hari ni hanya kami jadikan sebagai hari keluarga bagi merapatkan hubungan anak dengan kami..

Kepada encik suami..

Terima kasih menerima diri ini seadanya..sentiasa berada di waktu susah & senang..teman gaduh-gaduh manja ..semoga hubungan ukhwah ini berkekalan hingga ke taman syurga... Amin ya rab ...
Happy 11 anniversary saiyang

p/s : tudung cantek dari @cloverush

#23february
#11thweddinganniversary
#tudungcloverush





















REVIEW : Organic skin care by Natugee