nuffnang

Tuesday, September 24, 2019

💕 REVIEW : CRAZY OFFER by Natugee !!! 💕

⚡Buat pertama kali, Natugee nak bagi CRAZY OFFER khas untuk semua Natuqueens....

Natugee nak bagi PERCUMA

1) DEEP PORE FACIAL CLEANSING BRUSH bernilai RM 105
Cleansing Brush ini sangat sesuai untuk diguna bersama cleanser Natugee. Ianya akan dapat mencuci muka dengan lebih bersih ke dalam liang-liang pori. Hasilnya kulit muka akan jadi lebih glowy dan lembut.

2) JADE GUASHA FACIAL ROLLER bernilai RM90
Facial roller ini memang awesome sebab boleh meningkatkan peredaran darah di muka & juga sesuai untuk de-stress. Kulit muka akan jadi lebih segar dan glowy kemerah-merahan.

3) 3D SMART FACE MASSAGER bernilai RM120
Massager ini direka khas untuk membuat anda mendapatkan wajah V-Shape yang anda sentiasa inginkan. Berkesan mengurut wajah anda dan mana-mana bahagian badan. Sangat sesuai untuk firmkan kulit, body shaping dan banyak lagi!

SEMUA TOTAL BONUS: RM315

Nak dapatkan SEMUA di atas senang saja. Cuma perlu beli 2 botol Deep Cleansing Lotion size 50ml!

Dan harga 2 Deep Cleansing Lotion ini selalunya RM318 (Normal Price) tapi khas untuk CRAZY OFFER ini ianya hanya RM297 sahaja. Dan harga ni termasuk sekali FREE SHIPPING. Memang berbaloi sangat-sangat!

Ada tambahan HADIAH BONUS yang sangat esklusif untuk sesiapa yang bertuah.

Siapa yang beli set cleanser ini akan mempunyai PELUANG untuk menang tiket ke GRAND FINALS MRS MALAYSIA WORLD 2019/2020 di Pavilion Hotel Kuala Lumpur pada 16 November 2019.
Tiket ini saja harganya dah bernilai RM500 tau dan memang tidak dijual dimana-mana.

Banyaknya hadiah Natugee nak bagi! Dah la dapat bonus berharga RM 818 dapat free shipping dan discount RM21 lagi.

Total RM839 UNTUNG!

So, macam mana nak dapatkan CRAZY OFFER ini? Ok please take note betul-betul:

CRAZY OFFER ini hanya AKAN DIBUKA pada:
Tarikh: 25 September 2019 (Rabu)
Waktu: 8pm -12am (4 jam sahaja)
Pembelian hanya di website dan pada masa yang dibenarkan sahaja. Siapa lambat dia tinggal!

So sesiapa yang tak nak tertinggal CRAZY OFFER ini boleh subscribe servis reminder kami secara percuma di link bawah ni:

MAMA FAD.. SAYA NAK CRAZY OFFER!!!

#Natuqueens
#NatugeeCrazyOffer
#facialcleansing
#facialroller
#facemassager







Tuesday, September 17, 2019

Cara pemakaian mask yang betul 😷😷😷

Hi Fad nak share cara pemakaian penutup mulut & hidung aka 😷 mask yang betul... Fad masa pakai pun confidence tahap 99% 😊

Ni tips dia...

Bahagian yg bewarna : bagi mereka yg ada sakit

Bahagian yg putih : bila x sakit ... sebagai penapis kepada kuman2


Semoga beramal.... sentiasa jaga kesihatan diri & banyak kan minum air ...

P/s : nasihat atas nasihat setelah ambik neb semlm ðŸĪŠðŸĪŠ

Fad

Thursday, September 12, 2019

Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Status
Tahap Pencemaran
Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan
0-50
Baik
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum
  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100
 Sederhana
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum
  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200
Tidak sihat
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300
Sangat tidak menyihatkan
Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi 
  • Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
  • Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
  •  Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400







Berbahaya








Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.







  • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
  • Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
401-500 
Berbahaya
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.
  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

500 ke atas
Darurat
Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.
  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
  • Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa


Untuk melihat bacaan terkini boleh refer website ni... http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html ...

Better ambik langkah berjaga-jaga... and staf safe..




Fad 

Tuesday, September 3, 2019

Negara ku .... MALAYSIA yang ke-62 tahun .... Merdeka !!!!!!!!


62 tahun kemerdekaan bumi Malaysia ... Fad dapat rasakan bertapa matangnya usia jika dibandingkan dengan usia Fad yang muda belia... 😄 sebagai rakyat Malaysia walaupun tidak merasa perit hidup semasa zaman di jajah... Fad masih rasa kehidupan kita masih di jajah tanpa kita tidak sedari...

Merdeka hanya pada sebuah perkataan... tapi x ramai yang paham makna erti sebuah MERDEKA...
sebab untuk memahaminya memerlukan seseorang itu melalui zamannya... merasainya perit getirnya.. hargai penat lelahnya sesuatu usaha atas nama KEMERDEKAAN...

Berat bukan... ???

Sebagai golongan generasi Y ...yang kononnya celik IT, maju kehadapan... tapi dari segi jati diri masih ada lagi yang lupa berpijak pada bumi yang nyata.... itu pandangan Fad...

Sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September kurang lebih 2 minggu ...
Negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi acara perarakan Hari Malaysia bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak.

Hari Malaysia di sambut sempena meraikan penyatuan di antara Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapore untuk membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia pada 1963.

Tema pada tahun ni Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Symbol kepada kesatuan dan semangat kecintaan pada negara dan keamanan... 

Untuk lebih lanjut... boleh refer Portal rasmi Kementerian komunikasi dan Multimedia Malaysia.







Salam Sayang...

Fad 




REVIEW : Organic skin care by Natugee