nuffnang

Monday, March 18, 2019

LANGKAH 3 : Kenali senarai PEWARIS Part 1

Kali ni Fad nak terangkan bagaimana kita nk pilih PEWARIS yang benar2 layak untuk memegang amanah & menyampaikan kepada yang berhak.

Seringkali kita selalu dengar Si A makan duit anak2 yatim... Si B tidak berlaku adil dengan adik - beradik si mati... nampak macam sinopsis babak drama filem kan?.. realiti ini semua adalah adaptasi dari kejadian sebenar... bukan cobaan .. kalau yang teruk ada sanggup putus  saudara, fight di court... macam2 Fad jumpa selama menguruskan hal yg berkenaan... So pemilihan haruslah lebih teliti.. sebabnya... sifat manusia ... boleh berubah sekelip mata bila melibatkan hal kewangan ni... percayalah ....

Di sini Fad senaraikan langkah2 yg perlu..

Dahulukan yg wajib, siapa ? Ibu bapa kandung , isteri yg sah, anak2 yg sah,.... kenapa Fad tekankan yang SAH? Bukan niat Fad nak menyinggung mana2 pihak... tetapi dari segi perundangan... setiap pewaris yg layak & cukup kriteria perlu mengemukakan akuan sumpah status hubungan dengan si mati... dlm erti kata lain ..contoh.. isteri perlu ada sijil nikah yg disahkan .. ini kerana tanpa sijil nikah yg sah... hak seorg isteri akan hilang kelayakan untuk mewarisi harta si mati... begitu juga dengan anak & pewaris yg lain. Nampak mudah bukan.. tapi selalu org pandang ringan hal begini...

Next, nyatakan ratio or nisbah dengan jelas kepada siapa rumah nak diberikan ..gitu..kalau asset jenis immoveable mcm rumah, kereta, ni...Fad nasihat bagi pada satu penama shj. Kenapa ? sebabnya bila asset mcm rumah terlampau banyak penama ... ia akan merumitkan dari segi pembahagian hakmilik.. contoh.. si mati mewariskan sebuah rumah kepada isteri & anak lelaki tunggal. Bila pihak pentadbir memasukkan nama pewaris masalah akan timbul bila si isteri kahwin baru or si anak status berkahwin.. sekiranya si anak lelaki tunggal itu mati secara x langsung hakmilik anak lelaki jatuh pada isteri dlm kategori harta sepencarian... sekarang nampak komplikasi nya... tapi ia berbalik pada individu kalau rasa pewaris boleh ada kata sepakat.. terpulangla... jgn nanti mampu menangis di dalam hati jer...

Pastikan segala butiran lengkap seperti nama penuh, kad pengenalan or passport number, alamat terkini (untuk dihubungi), no. telephone terkini,

Dari segi Faraid or Civil ... sentiasa perlu ada  check and balance ... percaya satu perkara..amanah satu perkara.. x semua org mampu jaga amanah.. bab kata pepatah org dulu...

"Seorang Ibu mampu menjaga & membesarkan 10 org anak...tapi seorg anak belum mampu menjaga seorg ibu yg sakit".... 

Pikir2kan la...dan renungkan...





No comments:

Post a Comment

REVIEW : Organic skin care by Natugee