nuffnang

Tuesday, September 3, 2019

Negara ku .... MALAYSIA yang ke-62 tahun .... Merdeka !!!!!!!!


62 tahun kemerdekaan bumi Malaysia ... Fad dapat rasakan bertapa matangnya usia jika dibandingkan dengan usia Fad yang muda belia... 😄 sebagai rakyat Malaysia walaupun tidak merasa perit hidup semasa zaman di jajah... Fad masih rasa kehidupan kita masih di jajah tanpa kita tidak sedari...

Merdeka hanya pada sebuah perkataan... tapi x ramai yang paham makna erti sebuah MERDEKA...
sebab untuk memahaminya memerlukan seseorang itu melalui zamannya... merasainya perit getirnya.. hargai penat lelahnya sesuatu usaha atas nama KEMERDEKAAN...

Berat bukan... ???

Sebagai golongan generasi Y ...yang kononnya celik IT, maju kehadapan... tapi dari segi jati diri masih ada lagi yang lupa berpijak pada bumi yang nyata.... itu pandangan Fad...

Sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September kurang lebih 2 minggu ...
Negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi acara perarakan Hari Malaysia bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak.

Hari Malaysia di sambut sempena meraikan penyatuan di antara Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapore untuk membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia pada 1963.

Tema pada tahun ni Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Symbol kepada kesatuan dan semangat kecintaan pada negara dan keamanan... 

Untuk lebih lanjut... boleh refer Portal rasmi Kementerian komunikasi dan Multimedia Malaysia.







Salam Sayang...

Fad 




No comments:

Post a Comment

REVIEW : Organic skin care by Natugee