nuffnang

Tuesday, August 27, 2019

Renew ROAD TAX & INSURANCE sepantas kilat & MUDAH

Zaman sekarang ni nak buat semua benda mesti nak sap..sap..sui... laju gitu...

Fad nak bagi tahu pada korang semua ... semua syarikat insurance di Malaysia biasanya akan refer system ISM ni untuk dapatkan segala jenis maklumat tentang kenderaan korang. Baik jenis persendirian or syarikat.

Dalam ni segala butiran seperti status NCD, Market Value, boleh di cari termasuk status syarikat insurance kenderaan ... yg ni FREE jer... tapi kalau nk report details pasal status kenderaan korang ...ada sedikit charge yang dikenakan... 

Untuk nilai kereta Fad rekomen korang pilih Agreed value berbanding Market value.. Kenapa?

Agreed Value...
Sekiranga berlaku total lost pada kenderaan korang ... pihak insurance akan bayar pada harga yg telah dipersetujui di dalam policy insurance. Lebih benefit pada pemilik kenderaan.

Market Value 
pihak insurance hanya bayar nilai pasaran (market value) kenderaan pada masa itu..

Contohnya:
A cover insurance kereta pada nilai (sum assured) RM100,000.00 ... Jika A pilih nilai agreed value .. pihak insurance bayar pampasan RM100,000.00 (nilai yang sama seperti policy insurance)... tapi jika A memilih market value (nilai semasa)... pihak insurance hanya akan bayar kurang lebih contoh RM80,000.00 (nilai semasa selepas adjuster check)...

Bila dah check status NCD & nilai kereta ...next ... korang pilih syarikat insurance... yang ni kena rajin survey sketla... sebabnya x semua sama benefits sejak PIAM mengAKTAkan DeTariff insurance...

Apa tu DeTariff... benefit or coverage dari syarikat insurance x sama...

Ada yang bagi Flood (banjir) premium diskaun 50%... Ada yang bagi FREE driver coverage...Ada yang bagi 10% off agent commission ...😭😭 ... (yang ni memang Fad kurang berkenan la) ... zaman2 dolu - dolu syarikat insurance suka bagi hadiah time nak renew macam payung, baucer, and soo on... so gigih tanya hadiah apa dapat kalau renew... 😁😁...la ni x der la...

Kadang kesian kat agent...kalau dh pendapatan sebagai agen insurance udah di robek apa yang tinggal untuk makan ?

Lagi satu bila part nak claim... agent ni la yang akan tolong korang semua di masa kesusahan... so janganla tawar - menawar ya... 

Kebiasaannya Fad akan suggest customer selain Agreed Value .. Add on Act of god (bencana alam mcm banjir), strike & riot (rusuhan), Windscreen (Cermin 6 sisi....korang kira ka?? 🤣🤣) , Legal liability to passanger & LLP (Negligence by passanger)... kalau x nak pun xpa... cuma bila x cover tang nak claim tu pakat menagis tepi bucula...

so sentiasa beringat2 sebelum terkena....

Next.. sebelum renew road korang check dulu... ada saman ke x.. boleh refer MYEG... ...boleh check status polis, status JPJ nak renew road tax instant pun boleh ...tapi mereka send by post la... dlm 7 hari bekerja gitu...kalau jenis last minute jangan buat kerja....



Kalau nak Fad buatkan pun boleh email 

1. JPJ Card depan & belakang , 
2. NRIC depan & belakang, 
3. renewal notice by previous insurance, or if any
4. kalau xda kereta baru pun boleh juga... 
5. Contact number 

just email to : fadillahothman@yahoo.com ... Fad reply in 2 working days ya...


Till next note... bye  
 









No comments:

Post a Comment

REVIEW : Organic skin care by Natugee